Kejadian ini berlaku di Mexico di mana mangsa merupakan seorang pelajar universiti yang bekerja sebagai jurnalis sampingan untuk sebuah akhbar. Dipercayai bahawa kandungan laporan yang ditulis oleh beliau menggugat kredibiliti sebuah kumpulan mafia di situ, lalu tak lama selepas itu beliau ditembak di bahagian kepalanya. Berlaku lebih kurang 2 minggu lepas.
Ibu Saya Seorang Hero
Peristiwa super awesome ini berlaku di Cheeroke County, GA. Ketika seorang ibu, Sue White sedang membuat kerja dapur, anak gadisnya yang sedang bermain komputer memanggil beliau. Sedang beliau meninggalkan dapur, seorang lelaki psiko tiba-tiba memecahkan pintu rumahnya dan terus menerkam ke arah beliau. Lelaki tersebut cuba untuk menembaknya, tetapi disebabkan pistolnya jammed, dia memukul Sue White dengan pemegangnya. Lelaki tersebut terus menikam Sue sekurang-kurangnya 25 kali kemudian merogol beliau.
Apabila si psiko ingat Sue sudah mati, dia mengalihkan perhatiannya kepada anak beliau pula. Akan tetapi, jangkaannya meleset kerana Sue hanya berpura-pura mati untuk mengalih perhatian penyerang tersebut sahaja. Kemudian Sue mencapai sebilah pisau untuk menyerang balas si psiko. Si psiko dengar bunyi Sue di belakangnya lalu menumbuk beliau sehingga jatuh. Pergelutan berlaku lagi, namun ketika penyerang psiko tersebut cuba untuk mounting di atas beliau, pisau yang dipegang oleh Sue menembusi bahagian dada penyerang, lalu mampos.
Dalam keadaan lemah dan berlumuran darah, Sue pergi mencari anaknya dan menyembunyikan anaknya di bawah katil sementara beliau memanggil bantuan pihak berkuasa. Sue selamat dan masih hidup sehingga hari ini dengan identiti lain. Malah, dikenal pasti juga bahawa penyerang psiko tersebut merupakan kawannya ketika di sekolah dahulu. Di bawah merupakan gambar di sekitar tempat kejadian. Darah terpercik merata-rata, memang brutal gila.
P/S :
Ringkasnya, dalam sekelip mata, Sue White berjaya menjadi:
1. Mangsa tikam
2. Mangsa rogol
3. Pembunuh
4. Hero
Memang WIN gila. Sue White lebih WIN daripada Snow White.
Si Badut Pembunuh – John Wayne Gacy Jr.
John Wayne Gacy Jr. merupakan pembunuh bersiri yang kesnya pernah menggemparkan Amerika Syarikat. Selain kesalahan membunuh, beliau turut merogol dan meliwat mangsanya yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan golongan pemuda awal 20-an. Semua kes ini beliau lakukan sekitar tahun 1972 – 1978.
Dipercayai bahawa jumlah mangsa yang telah dibunuhnya mencecah sekurang-kurangnya 33 orang. Kebanyakan mangsa yang dibunuhnya, iaitu sekitar 26 orang telah ditanam di basement rumahnya, manakala selebihnya di sekitar kawasan rumahnya dan dibuang ke sungai yang berdekatan. Beliau telah dihukum mati pada tahun 1994.
Selain itu, beliau juga sering melakukan kerja amal untuk kanak-kanak dengan performing sebagai badut, satu imej yang sering diasosiasikan dengan beliau, iaitu Pogo The Clown.
Ketika soal siasat, beliau mengaku bahawa beliau memperdayakan mangsanya dengan memujuk mereka untuk mengikutnya pulang ke rumah. Kalau tak dapat pujuk, beliau akan culik terus. Apabila sampai di rumah, mereka akan diikat, atau dicekik dan sebagainya sebelum proses meliwat.
Berikut pula adalah beberapa koleksi foto apabila pihak berkuasa menggeledah rumah beliau.
Sebelum habis, dengar dulu lagu Sufjan Steven yang digubah khas untuk John Wayne Gacy. Kalau siapa layan indie memang familiar dengan lagu ini. Layan.




























































Like us on Facebook
Follow me on Twitter
Follow us on Tumblr
Subscribe our channel
Komen Berdarah