Monthly Archives: November 2011

You are browsing the site archives by month.

[VIDEO] Pit Bull Menyerang

Anjing Pit Bull adalah anjing yang agak hebat juga dalam pandangan manusia, dia mampu mengalahkan lawan dua kali ganda ataupun tiga kali ganda lebih banyak. Ini kerana keberanian, agresif, stamina, kekuatan, ketangkasan, kegigihan yang tidak kenal penat lelah, keupayaan untuk melawan dan menggigit, ketahanan fizikal yang hebat, toleransi kesakitan dan keupayaan yang besar untuk pulih dari kecederaan.

Walaupun aku tak bela anjing, tapi aku cuba meng-google untuk cari maklumat pasal anjing pit bull ni. Haha! Dan video ini agak mengerikan juga (bagi pencinta haiwan).

Aku bukan rasa terhibur dengan apa yang berlaku dalam video ni.
Aku juga benci dengan Pit Bull dan yang berada di sekeliling yang tak berbuat apa-apa untuk menghalang.

Gambar Preview

Video

Get the Flash Player to see this content.

[VIDEO] Anjing Berkaki Dua

Jude Stringfellow terjumpa Faith sewaktu kecil dan mahu menjaganya. Beliau membuat keputusan bahawa beliau akan mengajar dan melatih Faith untuk berjalan bersendirian.

Apabila Faith berusia tujuh bulan, kaki depan Faith dipotong oleh seseorang. Veterinar memberitahu bahawa banyak haiwan yang dibunuh semenjak kebelakangan ini. Dan Faith pula yang menjadi mangsa seterusnya, tetapi Jude Stringfellow memutuskan untuk mengajar Faith berjalan dengan dua kaki sahaja. Semua itu dilalui dengan penuh kesabaran.

Get the Flash Player to see this content.

Rempit Berani Mati

Kemalangan yang berlaku di New Fatima.

Bagi orang yang tak tahu apa itu terkulai, di sini ada contohnya. Tangan dan kaki terkulai, seperti hampir-hampir putus.

Lumba haram, juga dikenali sebagai merempit. Perbuatan ini adalah salah satu yang menyalahi undang-undang, perlumbaan ini selalu ada di kawasan bandar atau jalan kampung dengan menggunakan kereta atau motosikal. Tapi kereta tak dipanggil rempit. (-,- )

Kemalangan boleh berlaku secara spontan dalam satu saat. Ini lah rempit berani mati, memang dah mati pun. Seperti ini: